JADILAH PENGGUNA YANG BIJAK !

Friday, 30 March 2012

SIASAT PERBELANJAAN KAMU!

Seronokkon bila tiba masa 'SALE' , semuanya murah dan cantik-cantik. Namun di sebalik keseronokkan ini, ia sebenarnya tidak mendatangkan sebarang keuntungan. Sudahlah wang habis begitu saja, jadi terpaksa pula mengikat perut kerana kesempitan wang.


Sebelum ianya terjadi, siasatlah perbelanjaan kita...


Bawa  pen dan kertas

Memaksimumkan waktu belanja dengan membuat daftar apa yang diperlukan. Dengan cara ini akan kita mencari barang yang benar-benar diperlukan sahaja.


Tentukan tujuan belanja

Jangan berbelanja semua barang secara serentak dalam 1 masa. Kalau boleh tundakan pembelian barangan yang tidak begitu diperlukan.


Sesuaikan anggaran

Beli barang mengikut anggaran perbelanjaan yang telah dibuat. Jika kita mudah tergoda dengan perkataan SALE, tinggalkan kad kredit di rumah dan bawa wang secukupnya.


Pastikan lokasi belanja

Berbelanjalah di tempat yang benar-benar mempunyai harga yang berpatutan. Klau boleh lupakan tentang jenama memandangkan mutu barangan yang dijual di butik yang berjenama lebih kurang sama dengan kedai biasa.

No comments:

Post a Comment