JADILAH PENGGUNA YANG BIJAK !

Saturday, 7 April 2012

AMALKAN MAHIR BELI

Kepenggunaan melatih kita menjadi pembeli yang bijak, iaitu mahir beli. Dengan itu kita akan sukar ditipu apabila membuat sebarang pembelian.


Orang yang mahir beli akan mempertimbangkan soalan-soalan yang berikut sebelum membuat sebarang pembelian :

  1. Perlukah saya membelinya?

  2. Bagaimanakah saya harus membelinya - secara tunai atau hutang?

  3. Apakah sebenarnya yang hendak saya beli?

  4. Keluaran manakah yang harus saya beli?

  5. Bilakah harus saya membelinya?

  6. Dimakah harus saya membelinya?

  7. Adakah saya dapat apa yang saya inginkan?

Soalan pertama

Akan mentukan kita belanja kerana keperluan dan bukan kerana pengaruh iklan atau rakan-rakan.


Soalan kedua

Menentukan kaedah yang harus digunakan semasa membeli. Sebaik-baiknya kita menyediakan senarai barang yang hendak dibeli dan berusaha mematuhinya seta membayar secara tunai.



Soalan ketiga

Memerlukan kita mencari maklumat yang lengkap sebelum membuat sebarang pembelian. Maklumat-maklumat ini boleh didapati dengan membaca sebarang penerbitan mengenai atau bertanya dengan jiran-jiran atau rakan-rakan dan pengetahuan mengenainya.



Soalan keempat

Memerlukan maklumat untuk membuat pilihan terbaik dan perbandingan harga.


Soalan kelima

Menentukan masa yang sesuai untuk membeli berdasarkan kemampuan kita dan bekalan barangan itu di pasaran. Oleh itu, untuk mendapatkan harga yang murah, jangan membeli ketika terdesak.


Soalan ketujuh

Menentukan hak pengguna mendapatkan barangan yang layak digunakan. Jika barangan itu cacat, pengguna berhak mendapat pampasan. 



No comments:

Post a Comment