JADILAH PENGGUNA YANG BIJAK !

Thursday, 5 April 2012

NILAI KEWANGAN KAMU !

Adakah kita tergolong di dalam golongan yang boros atau tidak.....nilai diri kita menerusi kuiz ini....


                                                               


1. Setiap kali tiba hari raya kita....

    A. Sayalah orang yang paling sibuk membuat persiapan.

    B. Saya tak kisah berbelanja asalkan kemeriahan berhari raya dapat dirasai.

    C. Saya lebih gemar bersederhana.


2. Barang pertama yang saya akan beli....

    A. Tentulah baju raya.

    B. Baju raya dan kuih raya.

    C. Pakaian untuk kedua orang tua saya.


3. Bajet yang dikeluarkan....

    A. Dalam RM200 lebih.

    B. Bergantung kepada barang yang dibeli.

    C. RM200 kebawah..kenalah berjimat, nanti ikat perut pula lepas raya.


4. Bila keluar shopping kita...

    A. Saya akn pastikan apa yang saya inginkan tercapai.

    B. Saya tak kesah berjalan jauh atau lam asalkan saya dapat apa yang saya nak.

    C. Saya akan mencari barang-barang yang perlu dan murah sahaja.


5. Barang yang dibeli hendaklah...

    A. Bermutu tinggi dan sesuai dengan minat saya.

    B. Harga tak kisah asalkan bergaya dan cantik.

    C. Mutu dan berkualiti.


6. Ketika berhadapan dengan juru jual, kita...

    A. Saya akan bertanyakan padanya adakah ia bagus atau tidak.

    B. Saya akan terus bertanya tentang harga dan membayarnya di kaunter.

    C. Bertanya harga, tawar-menawar, dan membayarnya.


7. Adakah setiap tahun kita perlu bertukar ganti baju?

    A. Tentulah...raya hanya setahun sekali.

    B. Saya ingin nampak cantik dan jelita di pagi raya.

    C. Perlu tapi berhati-hati ketika berbelanja.


8.Setiap kali keluar bershopping, kita akan pergi...

   A. Seorang diri.

   B. Bersama kawan-kawan.

   C. Saya akan pergi bersama kawan baik saya.



JAWAPAN


LEBIH A 

OPPS ! MASIH SELAMAT TAPI PERLU HATI-HATI

Sukar untuk menilai siapa diri kita yang sebenarnya. Ada kalanya kita seorang berjimat-cermat dan ada kala kita seorang yang boros ketika berbelanja. Namun begitu, untuk menikmati hidup yang lebih bahagia seharusnya kita belajar berjimat-cermat dan mengawal diri kita dari berbelanja lebih. Dengan cara ini kita akan berasa lebih bahagia dan bijak mengatur kewangan diri sendiri.


LEBIH B 

AWAS ! KITA PERLU KAWAL DIRI 

Bahaya! jika kita tidak bijak mengawal diri, lambat laun sikap kita yang terlalu boros ini akan menjerat diri kita sendiri. Jadi, jalan termudah yang bolek kita lakukan adalah belajar berjimat cermat atau minta pendapat kawan-kawan tentang bagaimmanakah cara berkesan untuk menabung dan berjimat. Paling tidak pun jangan sesekali kita membawa wang yang banyak ketika keluar bershopping. Dengan cara ini, kita pasti akan dapat mengawal nafsu kita dari membeli pelbagai barangan yang belum tentu ianya penting bagi kita.


LEBIH C 

TAHNIAH ! KITA MEMANG BERJIMAT-CERMAT

Kita harus berbangga dengan diri kamu! Lazimnya kita seorang yang bersifat sederhana ketika berbelanja. Bahkan, dalam kemeriahan dalam menyambut lebaran juga kita sempat menabung demi masa depan. Dan ianya bukan sahaja memberikan banyak keuntungan terhadap diri bahkan keluarga kita juga akn turut berbangga dengan kita. Jadi, teruskan sifat mulia ini. Semoga kita akan terlepas dari segala macam masalah yang melibatkan wang.

2 comments: