Kita termasuk dalam perangkap hutang sekiranya :
Bahagian gaji bersih kita bagi membiayai hutang semakin meningkat.
Kita sentiasa lewat membayar bil.
Kita hanya dapat membayar balik amaun minimum bagi pinjaman peribadi dan kad kredit.
Kita sentiasa meminjam daripada sahabat dan saudara-mara.
Bank menghubungi kita kerana tidak membayar balik atau lewat membayar balik.
kita sentiasa risau kerana kewangan.
Kita tidak dapat menyipan wang.
Kita kerapkali menjual aset lain untuk membayar hutang.
Kita membayar hutang dengan wang yang diperuntukkan untuk tujuan lain.
Kita sentiasa berfikir tentang kredit baru bagi membayar hutang sedia ada.
No comments:
Post a Comment