Monday, 21 May 2012
KESIMPULAN
Monday, 14 May 2012
Friday, 13 April 2012
APA KESALAHAN WANITA TENTANG WANG ??
1. Mudah percaya pada lelaki, sehinggakan sanggup memberitahu kekasihnya tentang akaun, kad kredit, nombor laluan dan berkongsi wang. Sedangkan dia masih belum pasti menjadi teman hidup kita.
2. Berfikiran pendek. Kita hanya pandai berfikir tentang anggaran setiap bulan berbanding keperluan jangka panjang.
3. Tidak berani untuk bersikap lebih dari biasa, misalnya melabur untuk masa depan. Jika kamu benar-benar berminat, carilah informasi dari kawan-kawan yang terdahulu bermain dengan saham.
4. Gemar menunda rancangan membeli rumah, kerana beranggapan rumah akan dibeli oleh suami. Lagipun, jika kamu membelinya ketika kita masih bujang, kita tidak lagi bersusah-payah untuk membayar sewa setiap bulan.
Saturday, 7 April 2012
SIFAT WANITA DAN LELAKI SEBAGAI PEMBELI
WANITA
Kaum wanita lebih dipengaruhi oleh pancaindera mereka. Misalnya, suatu bau haruman yang menyamankan akan mempengaruhi wanita untuk membelinya.
Kaum wanita lebih peka pada paras mereka. Juga pada keselesaan dan kemudahan.
Kaum wanita lebih mudah percaya bahawa "harga yang mahal bermakna bermutu tinggi". Ujian perbandingan pengguna menunjukkan bahawa harga yang mahal tidak semestinya bermutu tinggi.
Kaum wanita lebih mudah terpedaya dengan muslihat jualan.
Kaum wanita lebih suka dibimbing untuk membuat sesuatu keputusan.
Kaum wanita lebih suka hidup mewah
Kaum wanita lebih suka memiliki barangan yang berlainan daripada jiran dan rakan mereka.
Wanita lebih cenderung untuk mengikuti secara dekat resmi belian kumpulan-kumpulan sosial di atas taraf mereka.
Kaum wanita sering menghadapi kesukaran untuk menolak sebarang tawaran istimewa.
Kaum wanita lebih baik daripada kaum lelaki dalam membuat perbandingan harga dan mutu antara lelaki.
LELAKI
Kaum lelaki sukar dipengaruhi oleh pelbagai jenama dan taktik-taktik jurujual.
Kaum lelaki lebih cenderung mengelak jualan besar-besaran dan menjauhi diri daripada keadaan sesak di dalam gedung jualan.
Kaum lelaki lebih dipengaruhi oleh persahabatan dan amalan-amalan yang adil.
Kaum lelaki lebih cenderung membuat keputusan yang cepat dan mudah berpuas hati.
Kaum lelaki kurang mengharapkan tawaran harga yang lebih murah.
Kaum lelaki lebih setia kepada sesuatu gedung jualan tetapi cepat menukar kedai jika dirasai telah diperdayakan.Kaum lelaki lebih cekap menangkap muslihat jualan yang tidak beretika.Kaum lelaki tidak suka digesa untuk membuat sebarang pembelian.
AMALKAN MAHIR BELI
Kepenggunaan melatih kita menjadi pembeli yang bijak, iaitu mahir beli. Dengan itu kita akan sukar ditipu apabila membuat sebarang pembelian.
Orang yang mahir beli akan mempertimbangkan soalan-soalan yang berikut sebelum membuat sebarang pembelian :
Perlukah saya membelinya?
Bagaimanakah saya harus membelinya - secara tunai atau hutang?
Apakah sebenarnya yang hendak saya beli?
Keluaran manakah yang harus saya beli?
Bilakah harus saya membelinya?
Dimakah harus saya membelinya?
Adakah saya dapat apa yang saya inginkan?
Soalan pertama
Akan mentukan kita belanja kerana keperluan dan bukan kerana pengaruh iklan atau rakan-rakan.
Soalan kedua
Menentukan kaedah yang harus digunakan semasa membeli. Sebaik-baiknya kita menyediakan senarai barang yang hendak dibeli dan berusaha mematuhinya seta membayar secara tunai.
Soalan ketiga
Memerlukan kita mencari maklumat yang lengkap sebelum membuat sebarang pembelian. Maklumat-maklumat ini boleh didapati dengan membaca sebarang penerbitan mengenai atau bertanya dengan jiran-jiran atau rakan-rakan dan pengetahuan mengenainya.
Soalan keempat
Memerlukan maklumat untuk membuat pilihan terbaik dan perbandingan harga.
Soalan kelima
Menentukan masa yang sesuai untuk membeli berdasarkan kemampuan kita dan bekalan barangan itu di pasaran. Oleh itu, untuk mendapatkan harga yang murah, jangan membeli ketika terdesak.
Soalan ketujuh
Menentukan hak pengguna mendapatkan barangan yang layak digunakan. Jika barangan itu cacat, pengguna berhak mendapat pampasan.
Thursday, 5 April 2012
NILAI KEWANGAN KAMU !
Adakah kita tergolong di dalam golongan yang boros atau tidak.....nilai diri kita menerusi kuiz ini....
1. Setiap kali tiba hari raya kita....
A. Sayalah orang yang paling sibuk membuat persiapan.
B. Saya tak kisah berbelanja asalkan kemeriahan berhari raya dapat dirasai.
C. Saya lebih gemar bersederhana.
2. Barang pertama yang saya akan beli....
A. Tentulah baju raya.
B. Baju raya dan kuih raya.
C. Pakaian untuk kedua orang tua saya.
3. Bajet yang dikeluarkan....
A. Dalam RM200 lebih.
B. Bergantung kepada barang yang dibeli.
C. RM200 kebawah..kenalah berjimat, nanti ikat perut pula lepas raya.
4. Bila keluar shopping kita...
A. Saya akn pastikan apa yang saya inginkan tercapai.
B. Saya tak kesah berjalan jauh atau lam asalkan saya dapat apa yang saya nak.
C. Saya akan mencari barang-barang yang perlu dan murah sahaja.
5. Barang yang dibeli hendaklah...
A. Bermutu tinggi dan sesuai dengan minat saya.
B. Harga tak kisah asalkan bergaya dan cantik.
C. Mutu dan berkualiti.
6. Ketika berhadapan dengan juru jual, kita...
A. Saya akan bertanyakan padanya adakah ia bagus atau tidak.
B. Saya akan terus bertanya tentang harga dan membayarnya di kaunter.
C. Bertanya harga, tawar-menawar, dan membayarnya.
7. Adakah setiap tahun kita perlu bertukar ganti baju?
A. Tentulah...raya hanya setahun sekali.
B. Saya ingin nampak cantik dan jelita di pagi raya.
C. Perlu tapi berhati-hati ketika berbelanja.
8.Setiap kali keluar bershopping, kita akan pergi...
A. Seorang diri.
B. Bersama kawan-kawan.
C. Saya akan pergi bersama kawan baik saya.
JAWAPAN
LEBIH A
OPPS ! MASIH SELAMAT TAPI PERLU HATI-HATI
Sukar untuk menilai siapa diri kita yang sebenarnya. Ada kalanya kita seorang berjimat-cermat dan ada kala kita seorang yang boros ketika berbelanja. Namun begitu, untuk menikmati hidup yang lebih bahagia seharusnya kita belajar berjimat-cermat dan mengawal diri kita dari berbelanja lebih. Dengan cara ini kita akan berasa lebih bahagia dan bijak mengatur kewangan diri sendiri.
LEBIH B
AWAS ! KITA PERLU KAWAL DIRI
Bahaya! jika kita tidak bijak mengawal diri, lambat laun sikap kita yang terlalu boros ini akan menjerat diri kita sendiri. Jadi, jalan termudah yang bolek kita lakukan adalah belajar berjimat cermat atau minta pendapat kawan-kawan tentang bagaimmanakah cara berkesan untuk menabung dan berjimat. Paling tidak pun jangan sesekali kita membawa wang yang banyak ketika keluar bershopping. Dengan cara ini, kita pasti akan dapat mengawal nafsu kita dari membeli pelbagai barangan yang belum tentu ianya penting bagi kita.
LEBIH C
TAHNIAH ! KITA MEMANG BERJIMAT-CERMAT
Kita harus berbangga dengan diri kamu! Lazimnya kita seorang yang bersifat sederhana ketika berbelanja. Bahkan, dalam kemeriahan dalam menyambut lebaran juga kita sempat menabung demi masa depan. Dan ianya bukan sahaja memberikan banyak keuntungan terhadap diri bahkan keluarga kita juga akn turut berbangga dengan kita. Jadi, teruskan sifat mulia ini. Semoga kita akan terlepas dari segala macam masalah yang melibatkan wang.
Monday, 2 April 2012
TERPIKAT DENGAN IKLAN ?
Iklan di mana-mana, di papan iklan, majalah, kaca tv, radio dan sebagainya.
Tanpa dsedari iklan tersebut akan mempengaruhi kamu dalam memilih barangan yang hendak dibeli.
Sedangkan ia tidak berapa penting dalam hidup kamu.
Jadi, sebelum kita terus pengaruh, semak tips dibawah :
1. BELI IKUT KEPERLUAN
jangan beli barangan, hanya kerana kita tertarik dengan iklan semata-mata.
2. KUALITI
iklan yang memaparkan ternyata membuatkan kita terpikat, tapi sebelum membeli cuba semak dan teliti kualiti barangan tersebut.
3. BANDINGKAN
bandingkan kualiti dan harga, adakah ia benar-benar berpatutan. Selain itu, fikirkan juga sama ada kita mampu atau tidak ntuk memilikinya sekiranya harga dan kualitinya berbaloi untuk dibeli.
Subscribe to:
Comments (Atom)












